Tiori mem bambaca yang banar
Teori gough
Tokoh utama yang banyak mengkaji model ini ialah Gough (1972, 1985). Model ini menyatakan bahawa individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya melalui siri perbuatan yang berterusan. Proses ini bermula secara linear iaitu bermula dengan mengecam dan mengenal pasti huruf, menghubungkan ciri-ciri bagi mengenal huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataan-perkataan dan akhirnya menghasilkan proses membina ayat, paragraf dan semantik. Model ini sangat bermanfaat bagi golongan membaca yang lemah dalam bahasa pertama dan bahasa kedua. Hal ini demikian kerana, golongan ini lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar